SEJARAH PENUBUHAN
Pada awal penubuhan tahun 2005, TGGTI dikenali sebagai TOK GURU NEUTRACEUTICAL MARKETING (TGNM). Selepas Tok Guru Nutriceuticals (TGNM), kini Syarikat ini lebih dikenali sebagai TG GREEN TECH INDUSTRY SDN BHD (TGGTI). Diasaskan oleh Ustaz Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz dan Ustaz Mohd Edrus Bin Ab Rahman serta Encik Mohd Nazri Bin Noor sebagai Pengarah Syarikat.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ditubuhkan pada tahun 2009, TG Green Tech Industri Sdn Bhd diasaskan oleh sekumpulan tenaga mahir dalam ilmu herba, makanan kesihatan, dan food and beverage (F&B) dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun. Bermula dengan penggunaan mesin primitif dan cabaran era tekonologi terkini dalam pemprosesan makanan, syarikat kami berada di landasan tepat untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
Bagi mencapai standard berkualiti tinggi, setiap elemen di dalam pembangunan dan pengeluaran di kilang kami diawasi dan dikawal ketat. Semua produk perlu menjalani proses Research and Development (R&D) iaitu melibatkan ujian makmal secara mendalam dan teliti selain dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) sebelum diserahkan kepada pelanggan kami. Syarikat kami mempunyai sumber bahan mentah yang berkualiti tinggi dan diiktiraf JAKIM sesuai dengan lokasi yang strategik di Malaysia sebagai Global Halal Hub. Aspek ini akan memberikan pelanggan kami fleksibiliti yang sangat tinggi terhadap penghasilan produk mereka. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai prestasi perkhidmatan yang baik bagi pasaran global.
VISI SYARIKAT
Mengembangkan TG Green Tech Industry Sdn Bhd sebagai “One Stop Centre” bagi mempelopori pasaran produk makanan, minuman, kosmetik serta bahan mandian yang terunggul dan mendapat pengiktirafan Halalal Toyyiban di Malaysia
MISI SYARIKAT
1. Menyediakan Perkhidmatan produk muslim bertaraf global yang unggul dan berwibawa serta mendapat pengiktirafan dunia.
2. Meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa panjang dengan meningkatkan kecekapan pengurusan melalui penyebaran internet dan perkembangan teknologi.
3. Inovasi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan bekemahiran tinggi.