TERBAHARU!!!

PRODUK RETORT MAKANAN DAN MINUMAN

 

 

 

Apakah Itu Proses "Retort"?

    Proses retort produk makanan adalah salah satu daripada pelbagai kaedah proses untuk tujuan pengawetan. Proses-proses lain meliputi: penyinaran(irradiation), dehidrasi(dehydration), pengeringan beku(freeze-drying), penggaram(salting), pengasidan(acidification), pasteurisasi(pasteurization), penapaian(fermentation), pengkarbonan(carbonation), dan penambahan pengawet(preservatives).

    Prinsip utama dalam proses pengawetan makanan adalah untuk merosakkan enzim dalam bahan makanan, melambatkan aktiviti dari bakteria patogenik(pathogenic) atau untuk membunuh bakteria tersebut sama sekali. Manakala dalam proses retort, prinsip terakhir digunakan, iaitu membunuh semua bakteria dalam makanan, termasuk yang terkandung di dalam peket.

 

Makanan Lebih Tahan Lama

    Teknik pengetinan makanan telah ditemui sejak sekitar tahun 1820-an. Dalam proses pengetinan, makanan dipanaskan dalam pembungkusannya pada suhu yang sangat tinggi dan masa yang cukup lama, kemudian disejukkan dengan cepat. Dengan proses semua bakteria mati sehingga akan mendapatkan produk steril dan dapat disimpan dalam waktu yang sangat lama, dapat sampai 5 tahun.

 

Produk yang menggunakan Paket Aluminium, Botol Kaca/Plastik dan Tin.
  

Kebaikan pembungkusan secara retort.

   1. Masa memasak yang lebih pendek supaya tekstur makanan dapat dikekalkan dan rasa makanan lebih baik.
   2. Nipis menjadikannya lebih mudah untuk dibawa dalam beg.
    3. Lebih ringan supaya dapat menjimatkan tenaga, terutama ketika dibawa semasa melancong atau berkhemah di dalam hutan.
   4. Lebih fleksibel dan mudah disimpan.
   5. Tahan pada cuaca panas.
   6. Beg retort terhindar daripada masalah pengaratan (tin).
 

    Seperti dengan tin, tahap keluputan makanan yang diretortkan dipengaruhi oleh suhu simpanannya. Dalam iklim panas (melebihi 40degC): makanan retort tahan 6 bulan. Pada suhu Bilik (25 -30oC): makanan retort tahan 3 tahun. Di dalam peti sejuk: makanan retort tahan 5 tahun.

 

 

Sumber Artikel Daripada:

https://naurataste.wixsite.com/thenaura