Tahukah anda?
Daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun yang boleh menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu.
Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal pertumbuhan mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.
Jadi anda ingin hasilkan produk berasaskan minuman susu anda sendiri?
Tidak tahu bagaimana caranya?
Siapa Kami & Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda?
Bina produk jenama anda sendiri bersama kami tanpa perlu risau tentang design, proses R&D bahan, urusan pensijilan produk serta proses pembungkusan & pencetakan produk. Kami BOLEH bantu dari A sampai Z sehingga produk siap.
Kami bersedia membantu anda untuk penghasilan SUSU JENAMA ANDA
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai ramuan yang tersendiri untuk membuat jenis susu jenama anda, kami boleh membantu dengan menawarkan khidmat kami dengan membantu anda R&D.
Antara susu yang kami boleh hasilkan untuk jenama anda adalah Minuman Susu Kambing, Susu Formula, Serbuk Kolestrum dan Susu Protein. Kami turut memformulasi minuman susu sedia untuk diminum campuran seperti susu badam, Susu Strawberry, Susu Pisang, Susu Matcha, Susu Coklat, Susu kismis, Susu Hazelnut serta Susu dengan pelbagai campuran buah-buahan.
Terdapat pelbagai jenis pembungkusan yang boleh digunakan untuk produk susu antaranya
Pouch Bag, Sachet, Plastic Bottle, Jar, Carton Box dan Normal Packaging Box